Thursday, November 25, 2010

TAHNIAH PASUKAN HOKI...TAHNIAH JUGAK BUAT PASUKAN SEPAK TAKRAW

Sekalung tahniah buat pasukan hoki yg telah berjaya bermain di perlawanan akhir di Sukan Asia 2010 yg merupakan satu sejarah  ....ini kerana ia merupakan julung kalinya bermain dalam perlawanan akhir dan juga merupakan pingat perak pertama yg dimenangi semenjak menyertai Sukan Asia.....walaupun tewas kepada Pakistan 2-0 tapi semangat juang yg tinggi patut dibanggakan....tidak diberikan harapan yg tinggi untuk menjulang sebarang kejayaan tapi itu semua tidak melemahkan semangat mereka untuk berjuang....kamu semua telah buktikan dan teruskan perjuangan...masih ada ruang bagi memantapkan lagi pasukan ini...kekalkan pasukan ini dan perbanyakkan lagi perlawanan2 peringkat dunia bagi mengekalkan prestasi....tingkatkan prestasi semoga selalu beroleh kejayaan.....SEMOGA BERJAYA KE SUKAN OLIMPIK 2012 nanti....





hahahaah...tahniah gak buat pasukan sepaktakraw yg masih lagi tewas pada Thailand dalam acara pasukan dan juga regu....sebelum berangkat ke China bukan main cakap besar lagi tapi bila berlawan nampak sangat terkincit kincit...satu stadium bau busuk....mmg tu je taraf pasukan sepaktakraw ni....ada tekong pun tekong gemuk...ada apit kiri pun dah macam budak bawah 12....entah2 apa2 hanta bola....kalau cam ni la pasukan sepaktakraw maka aku ingat lagi 50 tahun pun belum tentu dapat tandingi Thailand.....Thailand semakin maju tapi Malaysia maju apa ek????apa sebabnya ek???apakah pemain2 kita tak kreatif ataupun ada pegawai2 yg sombong??? entah2 dua dua sekali kot.....apa yg aku nampak kat sini Malaysia lemah kat tekong dan juga apit kiri....apit kanan kira ok la....masalah ni rasanya dah lama tapi nape sampai sekarang masih gagal lagi....kalau kalah melawan tu kira ok la tapi ni kalah bodoh...buat malu je....nak kalahkan China, Jepun dan Korea pun nampak susah....takut nanti lagi 5-10 tahun akan datang kita tak boleh lagi makan China., Jepun dan Korea.....selamat tido la pemain dan pegawai pasukan sepaktakraw.....

No comments:

Post a Comment