![]() |
| Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir dengan waras |
Banyak kali aku baca dan berdebat ngan puak2 PAS kat blog2 dan facebook.....dia org ni taksub sgt2 ngan Nik Aziz....tak kira la betul ke atau tak betul, dia org telan je.....dia org ni perasan dia org je yg tau agama...dia org je yg mahir hukum agama sehingga memandang hina pada sedara islam yang lain...suka2 mengeluarkan fatwa yg mana ia akhirnya makan diri dia org semula...sebagai contoh dia kata UMNO kafir sebab bergabung ngan parti bukan islam tapi bila PAS bergabung ngan DAP yg terang2 menentang islam, boleh pulak.... tak kafir pulak cam tu pada mereka.......yg paling aku tak faham qada & qadar Allah pun dia org tak nak terima....qada & qadar Allah tu Rukun Iaman Ke 6....jika dibuang maka apa akan jadi pada iman kita.....masing2 dah berusaha dan berdoa dan jika qada & qadar Allah dah tentukan begitu maka wajib kita terima.....contoh lagi macam ajal.....ada pihak yg mempertikai tentang ajal yg menimpa mangsa kat kemalangan maut bas ekspress di lebuhraya utara selatan berhampiran Pedas - Linggi...ada yang berkata jika bas tersebut dipandu perlahan maka kemalangan maut tersebut boleh dielakkan....jika ajalnya dah tertulis begitu maka tak ada sape yang boleh menghalang...jika ajal belum sampai maka kemalangan maut tersebut tak akan berlaku....maknanya Allah tak izinkan ia berlaku.....begitu lah kehendak dan ketentuan Allah sejak azali lagi.....itu lah dia qada & qadar Allah....wajib percaya....jika menolak maka rosak la iman kita.....
Al-Qadar bermaksud:
“Ketentuan Allah s.w.t terhadap makhlukNya semenjak Azali” [Ibid]
Al-Qada’ pula bermaksud:
“Pelaksanaan Allah s.w.t terhadap ketentuan tersebut” [Ibid].
Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya”. [Luqman: 34]
PADA AKU - sama samalah kita meningkatkan iman kita....biar miskin harta asalkan kaya ngan keimanan yang semakin hari semakin menebal....INSYAALLAH

Meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi.Namun Kesederhanaan dalam segala hal amat dituntut oleh Islam.Justeru keegoaan yang terlampau dalam diri bakal menggugat keimanan.Nauzubillah.
ReplyDeletesetuju sgt2...sebab tu Islam suruh kita bersederhana dalam segala hal bagi mengelakkan rasa ego dan juga bagi mengelakkkan menuju kearah yg tak diredhai Allah....sama2 la mintak dijauhi....INSYAALLAH
ReplyDelete