Wednesday, October 12, 2011

BOB LOKMAN - KAU NAK BERAMAL ATAU NAK RIAK


aku benar benar meluat dengan artis yang bergelar Bob Lokman....dia mengaku dulu hidup dia dan keluarganya penuh dosa....Alhamdulillah sebab mengaku tapi yang tak bagusnya dia salahkan kerajaan atas dosa yang dia lakukan....mengapa tak mengaku dosa yang dia lakukan adalah sebab kejahilan diri sendiri....kemudian hari nanti kat mahkamah Allah boleh ke dia jawab cam tu...ini semua setelah dia berjinak jinak dengan PAS yg sememangnya sinonim dengan sindrom meyalahkankan orang lain...PAS rasa mereka jer yang betul beramal...amalan dia orang jer diterima Allah...amalan orang lain tak diterima Allah.....wahai Bob kalau kau nak insaf tu bagus la....Alhamdulillah....maka insaflah dgn sebaik baiknya bukannya dengan menghebohkan satu malaya yang kau dah insaf...mendakwa pulak dosa dosa kau yang dulu adalah salah kerajaan...apa maknanya kau insaf macam ni....lebih baik kalau kau insaf dengan beramal dengan cara diam diam....kalau nak kongsi pengalaman pun jangan la kau salahkan orang lain..kau hina orang lain atas dosa dosa kau....kau juga mendakwa mendapat tauliah dari Nik Aziz setelah sebulan berguru dengan beliau dan atas sebab tu kau dah boleh beri ceramah....atas tauliah tersebut kau berceramah dengan mengajak orangramai supaya membenci kerajaan pemerintah sekarang....betul ke cara insaf kau macam tu wahai Bob.....Bob kau ingat semudah tu ke...yang kelihatan kau amat riak....kau tak tau ke yang riak tu bersifat syirik.....perbetulkan diri tu betul2 dulu....

Tuesday, March 15, 2011

MARI LAH BERSAMA SAMA PERKASA

Assalammualaikum....semoga hidup kita semua terus dirahmati Allah....dah lama aku tak menulis di blog aku ni...takde idea dan juga aku sibuk dengan tugas baru ku di Media Perkasa  Sdn Bhd...bukannya bertugas sebagai wartawan di Akhbar Suara Perkasa tapi di bahagian pengurusan..ini adalah pengalaman baru dalam hidup ku yang terlibat dalam dunia penyiaran...jika sebelum ni aku pernah perkhidmat di bidang perbankan selama hampir 20 tahun, terlibat dalam dunia pernigaan selama hampir 5 tahun, terlibat dalam bidang pemaju hartatanah hampir 5 tahun juga dan sekarang dalam bidang penyiaran....satu bidang amat seronok memandangkan ia sesuatu yang baru dalam hidup ku...banyak yang aku lihat apa yang berlaku sebelum sesuatu akhbar diterbitkan..seperti hari ini jam menunjukkan pukul 3.45am dimana aku dan teman teman masih lagi berada dipejabat...ini adalah kerana hari ini adalah ' date line' bagi terbitan akhbar minggu kedua dalam setiap bulan...Akhbar Suara Perkara diterbitkan pada 1hb dan 15hb setiap bulan...Perkasa ada satu badan NGO yg memperjuangkan dan mempertahankan hak hak dan kepentingan orang melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara...melalui Akhbar Suara Perkasa inilah segala pendapat dan pandangan dapat disampaikan.....disamping itu penerangan juga disampaikan dari daerah ke daerah setiap negeri....pada aku orang melayu perlu menyertai Perkasa kerana melalui Perkasa lah suara orang melayu dapat disampaikan...ayuh orang melayu sertailah Perkasa agar hak dan kepentingan kita sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dapat dipertahankan.....HIDUP PERKASA...HIDUP PERKASA......