Wednesday, December 8, 2010
CERITA SEBENAR MENGAPA PAS DIPECAT DARIPADA BARISAN NASIONAL.....
UCAPAN PENUH ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN, PRESIDEN BARISAN NASIONAL YANG JUGA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 4 SEBAB2 PAS DIPECAT DARIPADA BARISAN NASIONAL.....
"TERLEBIH dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato’ Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.
Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.
Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.
Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.
Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.
Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.
Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.
Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.
Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.
Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.
Sebagaimana kita maklum, Dato’ Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.
UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato’ Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.
UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato’ Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.
Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.
Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.
Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.
Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.
Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.
Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.
Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.
Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.
Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.
Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.
Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.
Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.
Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.
Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.
Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.
Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.
Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.
Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.
Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.
Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?
Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?
Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.
Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.
Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.
Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.
Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.
Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.
Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.
Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.
Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.
Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.
Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.
Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.
Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.
Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.
Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.
Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.
Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.
UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.
Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.
Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."
FAKTA TAMBAHAN.
Izinkan saya memberi sedikit fakta tambahan.
AntarapPunca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
FAKTA TAMBAHAN 11.
.Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978.
Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.
P/S: cerita ini dipetik daripada blog Pemuda UMNO Bahagian Jasin.........
http://pemudaumnojasin.blogspot.com/2010/07/mesti-baca-sejarah-1977-sebab-sebenar_26.html
DAP ATAU PAP SAMA JE.....
Apa bezanya antara DAP ( Democratic Action Party ) dan PAP ( People's Action Party's )?? pada aku takde bezanya sbb kedua2 parti ini perjuangan mereka hanya ingin menghapuskan hak keistimewaan orang2 melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan negara...memperjuangkan hak kesamarataan kononnya....mereka mahukan hak yg sama rata sebagaimana yang dinikmati oleh kaum asal dibumi Tanah Melayu ni....PAP sudah berjaya melakukannya di Singapura dimana orang melayu ditindas dan hak mereka banyak yang telah dinafikan....contohnya orang melayu tidak boleh pergi jauh berbanding orang cina dalam pentadbiran kerajaan...jika ada pun sekadar melepaskan batuk ditangga je....DAP berhajat menjadikan malaysia ni sebagaimana yang dilakukan oleh PAP di Singapura....ada yang melabelkan DAP ni membawa fahaman komunis.....jika diamati cara perjuangan DAP tak dinafikan mmg ada unsur2 komunis tu.....DAP juga la dalang kepada peristiwa berdarah 13hb. Mei, 1969 yg membawa kepada sejarah hitam perkauman di negara ni...moga2 peristiwa tersebut tak berulang kembali...kepada rakyat malaysia berhati2 la jgn sampai hak keistimewaan kita sebagai orang melayu hilang dek kerana kelalaian kita sendiri....kepada yang bersekongkol dengan DAP maka insaf la dan fikirkan la nasib generasi yang akan datang......
Thursday, November 25, 2010
TAHNIAH PASUKAN HOKI...TAHNIAH JUGAK BUAT PASUKAN SEPAK TAKRAW
Sekalung tahniah buat pasukan hoki yg telah berjaya bermain di perlawanan akhir di Sukan Asia 2010 yg merupakan satu sejarah ....ini kerana ia merupakan julung kalinya bermain dalam perlawanan akhir dan juga merupakan pingat perak pertama yg dimenangi semenjak menyertai Sukan Asia.....walaupun tewas kepada Pakistan 2-0 tapi semangat juang yg tinggi patut dibanggakan....tidak diberikan harapan yg tinggi untuk menjulang sebarang kejayaan tapi itu semua tidak melemahkan semangat mereka untuk berjuang....kamu semua telah buktikan dan teruskan perjuangan...masih ada ruang bagi memantapkan lagi pasukan ini...kekalkan pasukan ini dan perbanyakkan lagi perlawanan2 peringkat dunia bagi mengekalkan prestasi....tingkatkan prestasi semoga selalu beroleh kejayaan.....SEMOGA BERJAYA KE SUKAN OLIMPIK 2012 nanti....
hahahaah...tahniah gak buat pasukan sepaktakraw yg masih lagi tewas pada Thailand dalam acara pasukan dan juga regu....sebelum berangkat ke China bukan main cakap besar lagi tapi bila berlawan nampak sangat terkincit kincit...satu stadium bau busuk....mmg tu je taraf pasukan sepaktakraw ni....ada tekong pun tekong gemuk...ada apit kiri pun dah macam budak bawah 12....entah2 apa2 hanta bola....kalau cam ni la pasukan sepaktakraw maka aku ingat lagi 50 tahun pun belum tentu dapat tandingi Thailand.....Thailand semakin maju tapi Malaysia maju apa ek????apa sebabnya ek???apakah pemain2 kita tak kreatif ataupun ada pegawai2 yg sombong??? entah2 dua dua sekali kot.....apa yg aku nampak kat sini Malaysia lemah kat tekong dan juga apit kiri....apit kanan kira ok la....masalah ni rasanya dah lama tapi nape sampai sekarang masih gagal lagi....kalau kalah melawan tu kira ok la tapi ni kalah bodoh...buat malu je....nak kalahkan China, Jepun dan Korea pun nampak susah....takut nanti lagi 5-10 tahun akan datang kita tak boleh lagi makan China., Jepun dan Korea.....selamat tido la pemain dan pegawai pasukan sepaktakraw.....
hahahaah...tahniah gak buat pasukan sepaktakraw yg masih lagi tewas pada Thailand dalam acara pasukan dan juga regu....sebelum berangkat ke China bukan main cakap besar lagi tapi bila berlawan nampak sangat terkincit kincit...satu stadium bau busuk....mmg tu je taraf pasukan sepaktakraw ni....ada tekong pun tekong gemuk...ada apit kiri pun dah macam budak bawah 12....entah2 apa2 hanta bola....kalau cam ni la pasukan sepaktakraw maka aku ingat lagi 50 tahun pun belum tentu dapat tandingi Thailand.....Thailand semakin maju tapi Malaysia maju apa ek????apa sebabnya ek???apakah pemain2 kita tak kreatif ataupun ada pegawai2 yg sombong??? entah2 dua dua sekali kot.....apa yg aku nampak kat sini Malaysia lemah kat tekong dan juga apit kiri....apit kanan kira ok la....masalah ni rasanya dah lama tapi nape sampai sekarang masih gagal lagi....kalau kalah melawan tu kira ok la tapi ni kalah bodoh...buat malu je....nak kalahkan China, Jepun dan Korea pun nampak susah....takut nanti lagi 5-10 tahun akan datang kita tak boleh lagi makan China., Jepun dan Korea.....selamat tido la pemain dan pegawai pasukan sepaktakraw.....
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHASNYA DI MALAYSIA....BAGI YANG SEDANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI SEMOAGA HAJI DITERIMA ALLAH DAN JUGA SEMOGA SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR.....INSYAALLAH
NAK MENUNAIKAN HAJI KALI KEDUA ????
Baru baru ni aku ada terdengar radio yg memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah ada menyatakan dalam satu seminar di Kedah bahawa pada sesiapa yg ingin menunaikan haji bagi kali kedua terpaksa menunggu selama 9 tahun selepas kali pertama menunaikannya...ini satu langkah yg baik supaya lebih adil kepada mereka yg ingin pergi kali pertama....pada pendapat aku adalah lebih jika tidak ada tempuh mengunggu untuk menunaikan kali kedua agar ia lebih adil pada yg ingin pergi kali pertama sbb dalam Islam pun yg wajib hanya sekali bagi yg mampu...jadi bergantunglah pada keadaan ataupun mengikut cara lain jika ingin pergi kali kedua....ada orang bersemangat untuk pergi kali kedua tapi ada juga sekali pun tak pernah pergi walaupun sudah lama dikurniakan dgn rezeki yang melimpah limpah...ada yg dah daftar 2-3 tahun tapi masih belum berpeluang untuk pergi...bukan takde peluang sebenarnya tapi tak nak berbelanja lebih untuk pergi melalui cara package yg mana kosnya agak lebih drp kos biasa.....Allah dah beri rezeki apa salahnya berbelanja lebih sedikit sedangkan dalam hal dunia kita tak sayang pun berbelanja walaupun ia tak perlu ataupun tak wajib dilakukan...kita tiap tiap tahun boleh tukar perkakas rumah ataupun tukar kenderaan tapi untuk belanja lebih sedikit demi menunaikan haji kita rasa kedekut...menyegerakan menunaikan haji bagi yg mampu adalah wajib sbb kita tak tau esok masih ada nyawa lagi ataupun tidak...takut nanti mati dalam nasrani dan yahudi jika gagal pergi walaupun mampu...tak tau apa alasannya...yg pasti Allah belum sudi menjemput ke tanah suci...hanya Allah je yang tau apa alasannya......
Sabda Rasulullah S.A.W :
تعجلوا الى الحج (يعني الفريضة) فإن أحدكم لا يدري ما يعرض له – رواه أحمد
Maksudnya : Bersegeralah menunaikan haji (iaitu haji fardhu) kerana kamu tidak mengetahui apa yang akan menimpa diri kamu.
Sabda Rasulullah .S.AW yang bermaksud : “ Sesiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan kepada Baitullah al-haram tetapi tidak mahu mengerjakan ibadah haji maka biarkanlah dia mati sebagai yahudi atau nasrani.”
Wednesday, November 10, 2010
MANUSIA BONGKAK....
aku ada la pengalaman ngan sekor manusia bongkak ni lebih kurang 5 tahun lepas...satu hari dia ada sms kat aku dan cakap " kau ni hidup dgn hasil jual dadah je"....Ya Allah apasal jahat sgt hati dia hingga tergamak kata aku cam tu...aku ada income la dgn wat business secara kecil kecilan masa tu...takde la sampai aku nak jual dadah......pas tu aku pegi la balai polis jumpa Pegawai Penyiasat nak tanya apa aku boleh buat dgn sms tu....pas dia baca dia kata aku ada kes dan suruh buat police report dan seterusnya guna peguam untuk saman dia...manusia bongkak tu kena jawab kat mahkamah dan kena buktikan berkenaan tuduhan tu...aku ada gak hubungi majikan dia bahagian tatatertib berkenaan isu ni...salah seorang pegawai tersebut bagi tau dia org bergantung pada keputusan mahkamah baru la boleh ambik tindakan....misalnya buang keja ke..tahan kenaikkan gaji ke...tahan kenaikkan pangkat ke...apa2 pun bergantung pada keputusan mahkamah...pada mulanya aku fikir nak teruskan saman tu dan biarkan dia terkencing kat mahkamah kena buktikan tuduhan tu....bila memikirkan dia ada keluarga yang nak ditanggung dan ada ibu nak dibantu maka dgn rasa ikhlas hati aku batalkan niat tu lalu aku delete sms tu sbb tak nak nanti hati berubah lak...maklum lah hati manusia ni selalu berubah2....lalu aku maklumkan pada ibu dan adik dia tindakan aku tak nak teruskan saman sbb ibu dan adik dia tau akan hal ni....dah nama pun manusia bongkak sampai ari ni takde pun ucapan terima kasih sebaliknya terus menerus mengata dan menghina aku....seperti kata M Zain dalam labu & labi " kalau aku tau ini macam engkau punya perangai ada lebih baik aku bagi kau satu saman"...ni la manusia bongkak yg rasa diri cukup sempurna...cukup hebat....
Monday, November 8, 2010
KALAU DAH ORANG SENDIRI PUN PERTIKAI.........
sebelum ni Tok Guru Lah seorang guru pondok pertikai Nik Aziz, sekarang ni Ustaz Mohd Noor Deris lak pertikai Nik Aziz....kalau dah orang PAS sendiri pun pertikai Nik Aziz maka sudah tentu ada yang tak kena.....masih nak taksub lagi ke??????
Saturday, November 6, 2010
RENUNGKAN & FIKIRKAN LAH.......
![]() |
| Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir dengan waras |
Banyak kali aku baca dan berdebat ngan puak2 PAS kat blog2 dan facebook.....dia org ni taksub sgt2 ngan Nik Aziz....tak kira la betul ke atau tak betul, dia org telan je.....dia org ni perasan dia org je yg tau agama...dia org je yg mahir hukum agama sehingga memandang hina pada sedara islam yang lain...suka2 mengeluarkan fatwa yg mana ia akhirnya makan diri dia org semula...sebagai contoh dia kata UMNO kafir sebab bergabung ngan parti bukan islam tapi bila PAS bergabung ngan DAP yg terang2 menentang islam, boleh pulak.... tak kafir pulak cam tu pada mereka.......yg paling aku tak faham qada & qadar Allah pun dia org tak nak terima....qada & qadar Allah tu Rukun Iaman Ke 6....jika dibuang maka apa akan jadi pada iman kita.....masing2 dah berusaha dan berdoa dan jika qada & qadar Allah dah tentukan begitu maka wajib kita terima.....contoh lagi macam ajal.....ada pihak yg mempertikai tentang ajal yg menimpa mangsa kat kemalangan maut bas ekspress di lebuhraya utara selatan berhampiran Pedas - Linggi...ada yang berkata jika bas tersebut dipandu perlahan maka kemalangan maut tersebut boleh dielakkan....jika ajalnya dah tertulis begitu maka tak ada sape yang boleh menghalang...jika ajal belum sampai maka kemalangan maut tersebut tak akan berlaku....maknanya Allah tak izinkan ia berlaku.....begitu lah kehendak dan ketentuan Allah sejak azali lagi.....itu lah dia qada & qadar Allah....wajib percaya....jika menolak maka rosak la iman kita.....
Al-Qadar bermaksud:
“Ketentuan Allah s.w.t terhadap makhlukNya semenjak Azali” [Ibid]
Al-Qada’ pula bermaksud:
“Pelaksanaan Allah s.w.t terhadap ketentuan tersebut” [Ibid].
Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].
Firman Allah s.w.t:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya”. [Luqman: 34]
PADA AKU - sama samalah kita meningkatkan iman kita....biar miskin harta asalkan kaya ngan keimanan yang semakin hari semakin menebal....INSYAALLAH
Tuesday, November 2, 2010
SELAMAT DATANG KE BLOG AKU......
Ko Orang Bebas Berkata Apa Sahaja....Aku Terbuka Menerima Dan Memberi Pendapat.......Ko Orang Tanggung La Sendiri Terhadap Sebarang Komen Berkaitan Isu-Isu Semasa Yang Sensitif.........
Subscribe to:
Comments (Atom)






