Thursday, November 25, 2010

TAHNIAH PASUKAN HOKI...TAHNIAH JUGAK BUAT PASUKAN SEPAK TAKRAW

Sekalung tahniah buat pasukan hoki yg telah berjaya bermain di perlawanan akhir di Sukan Asia 2010 yg merupakan satu sejarah  ....ini kerana ia merupakan julung kalinya bermain dalam perlawanan akhir dan juga merupakan pingat perak pertama yg dimenangi semenjak menyertai Sukan Asia.....walaupun tewas kepada Pakistan 2-0 tapi semangat juang yg tinggi patut dibanggakan....tidak diberikan harapan yg tinggi untuk menjulang sebarang kejayaan tapi itu semua tidak melemahkan semangat mereka untuk berjuang....kamu semua telah buktikan dan teruskan perjuangan...masih ada ruang bagi memantapkan lagi pasukan ini...kekalkan pasukan ini dan perbanyakkan lagi perlawanan2 peringkat dunia bagi mengekalkan prestasi....tingkatkan prestasi semoga selalu beroleh kejayaan.....SEMOGA BERJAYA KE SUKAN OLIMPIK 2012 nanti....





hahahaah...tahniah gak buat pasukan sepaktakraw yg masih lagi tewas pada Thailand dalam acara pasukan dan juga regu....sebelum berangkat ke China bukan main cakap besar lagi tapi bila berlawan nampak sangat terkincit kincit...satu stadium bau busuk....mmg tu je taraf pasukan sepaktakraw ni....ada tekong pun tekong gemuk...ada apit kiri pun dah macam budak bawah 12....entah2 apa2 hanta bola....kalau cam ni la pasukan sepaktakraw maka aku ingat lagi 50 tahun pun belum tentu dapat tandingi Thailand.....Thailand semakin maju tapi Malaysia maju apa ek????apa sebabnya ek???apakah pemain2 kita tak kreatif ataupun ada pegawai2 yg sombong??? entah2 dua dua sekali kot.....apa yg aku nampak kat sini Malaysia lemah kat tekong dan juga apit kiri....apit kanan kira ok la....masalah ni rasanya dah lama tapi nape sampai sekarang masih gagal lagi....kalau kalah melawan tu kira ok la tapi ni kalah bodoh...buat malu je....nak kalahkan China, Jepun dan Korea pun nampak susah....takut nanti lagi 5-10 tahun akan datang kita tak boleh lagi makan China., Jepun dan Korea.....selamat tido la pemain dan pegawai pasukan sepaktakraw.....

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM KHASNYA DI MALAYSIA....BAGI YANG SEDANG MENUNAIKAN FARDHU HAJI SEMOAGA HAJI DITERIMA ALLAH DAN JUGA SEMOGA SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR.....INSYAALLAH

NAK MENUNAIKAN HAJI KALI KEDUA ????




Baru baru ni aku ada terdengar radio yg memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah ada menyatakan dalam satu seminar di Kedah bahawa pada sesiapa yg ingin menunaikan haji bagi kali kedua terpaksa menunggu selama 9 tahun selepas kali pertama menunaikannya...ini satu langkah yg baik supaya lebih adil kepada mereka yg ingin pergi kali pertama....pada pendapat aku adalah lebih jika tidak ada tempuh mengunggu untuk menunaikan kali kedua agar ia lebih adil pada yg ingin pergi kali pertama sbb dalam Islam pun yg wajib hanya sekali bagi yg mampu...jadi bergantunglah pada keadaan ataupun mengikut cara lain jika ingin pergi kali kedua....ada orang bersemangat untuk pergi kali kedua tapi ada juga sekali pun tak pernah pergi walaupun sudah lama dikurniakan dgn rezeki yang melimpah limpah...ada yg dah daftar 2-3 tahun tapi masih belum berpeluang untuk pergi...bukan takde peluang sebenarnya tapi tak nak berbelanja lebih untuk pergi melalui cara package yg mana kosnya agak lebih drp kos biasa.....Allah dah beri rezeki apa salahnya berbelanja lebih sedikit sedangkan dalam hal dunia kita tak sayang pun berbelanja walaupun ia tak perlu ataupun tak wajib dilakukan...kita tiap tiap tahun boleh tukar perkakas rumah ataupun tukar kenderaan tapi untuk belanja lebih sedikit demi menunaikan haji kita rasa kedekut...menyegerakan menunaikan haji bagi yg mampu adalah wajib sbb kita tak tau esok masih ada nyawa lagi ataupun tidak...takut nanti mati dalam nasrani dan yahudi jika gagal pergi walaupun mampu...tak tau apa alasannya...yg pasti Allah belum sudi menjemput ke tanah suci...hanya Allah je yang tau apa alasannya......

Sabda Rasulullah S.A.W :
تعجلوا الى الحج (يعني الفريضة) فإن أحدكم لا يدري ما يعرض له – رواه أحمد
Maksudnya : Bersegeralah menunaikan haji (iaitu haji fardhu) kerana kamu tidak mengetahui apa yang akan menimpa diri kamu.

Sabda Rasulullah .S.AW yang bermaksud : “ Sesiapa yang memiliki bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan kepada Baitullah al-haram tetapi tidak mahu mengerjakan ibadah haji maka biarkanlah dia mati sebagai yahudi atau nasrani.”

Wednesday, November 10, 2010

MANUSIA BONGKAK....






aku ada la pengalaman ngan sekor manusia bongkak ni lebih kurang 5 tahun lepas...satu hari dia ada sms kat aku dan cakap " kau ni hidup dgn hasil jual dadah je"....Ya Allah apasal jahat sgt hati dia hingga tergamak kata aku cam tu...aku ada income la dgn wat business secara kecil kecilan masa tu...takde la sampai aku nak jual dadah......pas tu aku pegi la balai polis jumpa Pegawai Penyiasat nak tanya apa aku boleh buat dgn sms tu....pas dia baca dia kata aku ada kes dan suruh buat police report dan seterusnya guna peguam untuk saman dia...manusia bongkak tu kena jawab kat mahkamah dan kena buktikan berkenaan tuduhan tu...aku ada gak hubungi majikan dia bahagian tatatertib berkenaan isu ni...salah seorang pegawai tersebut bagi tau dia org bergantung pada keputusan mahkamah baru la boleh ambik tindakan....misalnya buang keja ke..tahan kenaikkan gaji ke...tahan kenaikkan pangkat ke...apa2 pun bergantung pada keputusan mahkamah...pada mulanya aku fikir nak teruskan saman tu dan biarkan dia terkencing kat mahkamah kena buktikan tuduhan tu....bila memikirkan dia ada keluarga yang nak ditanggung dan ada ibu nak dibantu maka dgn rasa ikhlas hati aku batalkan niat tu lalu aku delete sms tu sbb tak nak nanti hati berubah lak...maklum lah hati manusia ni selalu berubah2....lalu aku maklumkan pada ibu dan adik dia tindakan aku tak nak teruskan saman sbb ibu dan adik dia tau akan hal ni....dah nama pun manusia bongkak sampai ari ni takde pun ucapan terima kasih sebaliknya terus menerus mengata dan menghina aku....seperti kata M Zain dalam labu & labi " kalau aku tau ini macam engkau punya perangai ada lebih baik aku bagi kau satu saman"...ni la manusia bongkak yg rasa diri cukup sempurna...cukup hebat....

Monday, November 8, 2010

KALAU DAH ORANG SENDIRI PUN PERTIKAI.........



sebelum ni Tok Guru Lah seorang guru pondok pertikai Nik Aziz, sekarang ni Ustaz Mohd Noor Deris lak pertikai Nik Aziz....kalau dah orang PAS sendiri pun pertikai Nik Aziz maka sudah tentu ada yang tak kena.....masih nak taksub lagi ke??????

Saturday, November 6, 2010

RENUNGKAN & FIKIRKAN LAH.......

Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk berfikir dengan waras



Banyak kali aku baca dan berdebat ngan puak2 PAS kat blog2 dan facebook.....dia org ni taksub sgt2 ngan Nik Aziz....tak kira la betul ke atau tak betul, dia org  telan je.....dia org ni perasan dia org  je yg tau agama...dia org  je  yg mahir hukum agama sehingga memandang hina pada sedara islam yang lain...suka2 mengeluarkan fatwa yg mana ia akhirnya makan diri dia org semula...sebagai contoh dia kata UMNO kafir sebab bergabung ngan parti bukan islam tapi bila PAS bergabung ngan DAP yg terang2 menentang islam,  boleh pulak.... tak kafir pulak cam tu pada mereka.......yg paling aku tak faham qada & qadar Allah pun dia org  tak nak terima....qada & qadar Allah tu Rukun Iaman Ke 6....jika dibuang maka apa akan jadi pada iman kita.....masing2 dah berusaha dan berdoa dan jika qada & qadar Allah dah tentukan begitu maka wajib kita terima.....contoh lagi macam ajal.....ada pihak yg mempertikai tentang ajal yg menimpa mangsa kat kemalangan maut bas ekspress di lebuhraya utara selatan berhampiran Pedas - Linggi...ada yang berkata jika bas tersebut dipandu perlahan maka kemalangan maut tersebut boleh dielakkan....jika ajalnya dah tertulis begitu maka tak ada sape yang boleh menghalang...jika ajal belum sampai maka kemalangan maut tersebut tak akan berlaku....maknanya Allah tak izinkan ia berlaku.....begitu lah kehendak dan ketentuan Allah sejak azali lagi.....itu lah dia qada & qadar Allah....wajib percaya....jika menolak maka rosak la iman kita.....
 
Al-Qadar bermaksud:
“Ketentuan Allah s.w.t terhadap makhlukNya semenjak Azali” [Ibid]
Al-Qada’ pula bermaksud:
“Pelaksanaan Allah s.w.t terhadap ketentuan tersebut” [Ibid].

Al-Qada’ dan al-Qadar merupakan rukun Iman keenam sebagaiman sabda Nabi s.a.w apabila ditanya Jibril a.s berkenaan Iman:
أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره
Maksudnya: “Hendaklah kamu percaya kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat, dan beriman pula dengan Qadar (ketentuan) baik dan buruk”. [al-Bukhari, Muslim].

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَداً وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Maksudnya: “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya”. [Luqman: 34]


 PADA AKU - sama samalah kita meningkatkan iman kita....biar miskin harta asalkan kaya ngan keimanan yang semakin hari semakin menebal....INSYAALLAH

Tuesday, November 2, 2010

SELAMAT DATANG KE BLOG AKU......

Ko Orang Bebas Berkata Apa Sahaja....Aku Terbuka Menerima Dan Memberi Pendapat.......Ko Orang Tanggung La Sendiri Terhadap Sebarang Komen Berkaitan Isu-Isu Semasa Yang Sensitif.........